Jerman berdepan kritikan daripada sekutu barat apabila enggan membekalkan kereta kebal Leopard kepada Ukraine bagi meningkatkan kapasiti pertahanan negara itu.
Pada Jumaat, kira-kira 50 negara bersetuju untuk memberikan Ukraine senjata dan alatan ketenteraan bernilai bilion dolar termasuk kenderaan perisai, peluru berpandu yang diperlukan untuk mengalahkan Rusia.